Kopi Kelapa Dara adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan
gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya
membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Dengan rasa
hebat aroma kopi Arabica, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan
menceriakan hidup anda.
Setiap kotak kopi kelapa
dara mengandungi 8 peket.
Kandungan Kopi Kelapa Dara
Krimer
Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara
mengandungi asid laurik dan asid kaprik yang amat berguna dalam tubuh.
Kedua-duanya digunakan oleh tubuh untuk membuat ‘fatty acid derivative’ yang
dipanggil monolaurin dan monocaprin. Ianya bersifat antiviral, antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh untuk memusnahkan lapisan lipid dan
phospholipids pada envelope virus yang menyebabkan disintegrasi virus
berkenaan. Minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem
metabolisma, menyokong sitem imunisasi tubuh, mengurangkan risiko sakit
jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian,
mengatasi tiroid, diabetes, dan kelesuan yang teruk, menurunkan berat badan dan
mengembalikan keremajaan kulit.
American
Ginseng
American ginseng telah
dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji mendapati
ginseng mengandungi bahan tertentu yang merangsang penambahan keaktifan hormon
seks sekaligus menambah kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang
menderita akibat masalah kemandulan. Di samping itu, ginseng juga berkesan
kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka iaitu tetap pada
masanya.
Ginkgo
Biloba
Ginkgo biloba digunakan
dalam perubatan tradisional untuk memperbaiki proses peredaran darah dan
menguatkan daya ingatan. Ginkgo digunakan secara meluas di Jerman dan Perancis
untuk penyakit Alzheimer dan penyakit lain berkaitan otak dan mental. 2
komponen penting dalam ginkgo biloba adalah flavonoid dan terpenoid. Flavonoid
mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf,
otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala terpenoid
memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan
platlet. Selain itu, ginkgo juga meningkatkan pengaliran darah ke penis
seterusnya menyokong dan mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seks.
Horny
Goat Weed
Horny goat weed atau
nama saintifiknya epimedium sagittatum adalah antara herba yang bertindak
sebagai agen afrodisia yang boleh meningkatkan keinginan seks termasuk menambah
penghasilan libido bagi lelaki dan wanita, memperbaiki tahap ereksi lelaki,
mengembalikan keinginan seks, melegakan kelesuan dan membantu melegakan gejala
akibat menopause bagi wanita seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan
kekeringan faraj.
Saw
Palmetto
Saw Palmetto digunakan
secara meluas untuk merawat masalah seksual yang berkaitan dengan simptom
pembesaran prostat, masalah berkaitan sistem urinari, batuk dan sesak nafas.
Selain itu, saw palmetto juga popular digunakan untuk pembesaran payudara,
tenaga seksual, menyeimbangkan metabolisma, menaikkan selera makan dan membantu
penghadaman. Kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan Saw Palmetto begitu berkesan
di dalam melegakan simptom Benign Prostatic Hyperplasia (BHP). Simptom BHP
termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal, kesukaran dan
kesakitan ketika kencing dan gangguan pengaliran kencing.
Tribulus
Terrestris
Di Eropah, tanaman yang
juga dikenal dengan nama ”Puncture Vine” atau Caltrop ini telah digunakan
sebagai herba stimulan untuk meningkatkan libido (kemampuan seksual) lelaki dan
wanita sejak berabad-abad yang lalu. Selain itu, tanaman ini juga digunakan dalam
perubatan hati, ginjal, serta penyakit saluran pencernaan. Tribulus dapat
membantu masalah seksual kerana memiliki komponen yang disebut protodioscin.
Zat ini akan diubah menjadi hormon dehidroepiandosteron atau DHEA, yang
merupakan stimulan untuk penghasilan hormon testosteron dan estrogen. Secara
ringkasnya, tribulus merangsang tubuh untuk membentuk hormon testosteron dan
estrogen.