BEST BUY: RM320 / Pasaran:
RM350
Kandungan Set Ibu Bersalin Confine Mum
Tablet Haruan Complex – 50 biji
Tablet Prawan – 80 biji
Ginger Cream – 100g
Cotet Emas Uncang – 15 uncang
Body Contour Gel – 50g
Bengkung Correctuer
Minyak Telon – 24ml
Pek Tungku Herba – 2x200g
PERCUMA Beg Sandang Leesa
Cara Penggunaan Set Ibu Bersalin Confine Mum
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.
Tablet Haruan Complex
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
Khasiat Tablet Haruan Complex
Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.
Tablet Prawan
Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Khasiat Tablet Prawan
Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
Mencegah masalah meroyan.
Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.
Ginger Cream
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Khasiat Ginger Cream
Membuang angin dalam badan.
Mencegah angin dari memasuki badan.
Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
Body Contour Gel
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
Khasiat Body Contour Gel
Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
Bengkung Correctuer
Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.
Khasiat Bengkung Correctuer
Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
Merampingkan kembali pinggang.
Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
Menaik dan membentuk kembali punggung.
Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
Cotet Emas Uncang
Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.
Khasiat Cotet Emas Uncang
Mengecutkan peranakan
Memberi tenaga
Menyihatkan tubuh
Merapatkan kembali vagina
Bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.
Minyak Telon
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.
Cara Guna Minyak Telon
Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.
Pek Tungku Herba
Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.
Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.
Khasiat Pek Tungku Herba
Berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas.
Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.